Monday, December 4, 2006

Perpaduan Tanggungjawab PAS



Adakah Anda Mengenali PAS Yang Sebenar?

Mungkin adalah satu perkara yang hampir tidak diduga apabila ada rakyat yang bukan penganut agama Islam menyokong PAS yang mendasari Islam. PAS tidak mengamal talam dua muka. PAS tidak apologetik dalam mengakui bahawa ianya bertunjangkan Al Quran sebagai kalimah Tuhan yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana dan juga As Sunnah sebagai kalimah Nabi Muhammad sebagai pesuruh Allah yang menterjemahkan Al Quran. Maka PAS tunduk kepada segala tuntutan Al Quran Dan Sunnah dalam menentukan prinsip dan tindakan parti. PAS tidak akan memaksa sesiapa yang bukan Islam untuk memeluk Islam. PAS tidak akan menghalang sesiapa untuk beribadah menurut apa yang diyakininya. Adalah satu propaganda jahat apabila ada pihak yang mengatakan sekiranya PAS diberi peluang untuk memerintah PAS akan memusnahkan semua tempat peribadatan. Sesiapa yang pernah pergi ke Kelantan dan melihat sendiri tokong terbesar di Asia Tenggara di bawah Kerajaan PAS Kelantan sudah pasti akan yakin bahawa PAS mengotakan kata-katanya. Ini adalah kerana PAS menghayati ayat256 surah Al Baqarah( Al Quran) yang bermaksud:

'Tidak ada paksaan untuk (memasuki)agama Islam; sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang sesat. Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada Taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui.'

Maka PAS tidak perlu berlakon depan pelbagai golongan agama seperti apa yang dilakukan oleh sesetengah pihak. PAS tidak mahu berdosa dengan mengenepikan kehendak penganut agama lain seperti yang dituntutkan agama mereka.
PAS memahami dan menghormati keyakinan dan budaya semua golongan.Worldview PAS jelas dan tidak perlu disembunyikan daripada sesiapapun. Gerak langkah PAS juga jelas. Bukankah ini membuka ruang seluas-luasnya untuk menilai ketelusan dan keikhlasan PAS yang berusaha bertungkus lumus untuk menyedia kebajikan rakyat. Anda tidak yakin PAS mempunyai kredibiliti untuk melaksanakan 'good governance' walaupun anda mengakui PAS mempunyai indeks rasuah, penyelewengan kuasa, kronisme,maksiat paling minima kerana PAS adalah God-fearing?? Anda sudah kaji tentang kemampuan ilmu dan kemahiran serta aset lain yang terdiri dari 'silent supporters' PAS? Adakah PAS hanya sebagai penyibuk yang mengganggu kestabilan politik dan ekonomi negara? Sekiranya anda sudah cekap menaip dengan 'typewiter' dan berpuas hati dengan hasilnya, mengapa anda sekarang menaip mengguna dengan komputer?
Bersama kami di ruang ini untuk mengenali PAS dengan lebih dekat.
Pengerusi Lajnah/Biro Perpaduan Nasional Dewan Muslimat Pas Pusat

No comments: