Sunday, December 3, 2006

Konsep Solidariti Termaktub Dalam Perlembagaan PAS


PAS Menjiwai Solidariti


PAS adalah sebuah parti politik yang sah dan di antara yang utama dalam mewarnai lanskap politik negara. Sebagai sebuah badan siyasah yang sudah lebih separuh abad umurnya PAS telah bersama-sama rakyat Malaysia menyaksikan dan merasakan keperitan apabila soal perpaduan di antara kaum yang beraneka bangsa dan agama di Malaysia dikesampingkan oleh pihak yang bertanggungjawab. Malah ada ketikanya isu perkauman diapi-apikan oleh parti-parti politik yang berasaskan kaum seperti yang terjadi semasa Perhimpunan Agung parti Melayu UMNO baru-baru ini. Sudah naluri manusia apabila disentuh tentang perkara sensitif tentang kaum masing-masing maka kaum yang merasa tercabar akan merasa dipinggir dan bangkit melaungkan rasa tidak puas hati kepada kaum yang dirasa menindas dan tidak adil. Adalah sangat logik sekiranya UMNO sebagai sebuah parti Melayu mengagendakan apa yang mereka gelar 'sebagai mmemperjuangkan agenda Melayu'. Begitu juga seterusnya dengan parti MCA yang mempunyai 'kecinaan' dan MIC yang mengagendakan 'perjuangan kaum India'. Maka kenapa melenting dan berpencak apabila persidangan masing-masing hanyalah mengemukakan apa yang sudah sedia maklum mengikut aliran perkauman. Berdasarkan nama parti-parti politik tersebut sudah jelas itulah sebenarnya perjuangan mereka.

PAS jauh berbeza dengan parti-parti kerkauman di atas. PAS mendasari Islam dan Islam adalah untuk semua kaum. PAS sudah awal-awal lagi memikirkan isu perpaduan ini dan terbukti kesungguhan PAS untuk menyemai dan memupuk perpaduan di antara pelbagai kaum di Malaysia ini boleh dilihat dengan jelas dalam perlembagaannya pada bab 3 fasal6(3):

' Memupuk dan memperkuatkan ukhuwwah Islamiyyah dan menyuburkan rasa perpaduan di kalangan rakyat bagi memelihara kehidupan politik dan masyarakat yang sihat dan berkebajikan'


Bab 3 Fasal 6(9) berbunyi:

'Memperjuangkan hak dan kepentingan umat Islam di negara ini TANPA mengabaikan tanggungjawab melaksanakan keadilan terhadap seluruh rakyat Malaysia dan tanggungjawab mewujudkan KEHARMONIAN ANTARA KAUM di dalam negara ini'

1 comment:

Unknown said...

Congratulation!!!!!