Memang ramai rakyat yang bimbang tentang rundingan FTA di antara kerajaan Malaysia dan Polis Dunia Amerika Syarikat. Namun Kerajaan masih berminat untuk meneruskan rundingan walaupun tempoh masa yang asalnya dikatakan hingga hujung Mac ini sudah dilanjutkan hingga tercapai kata sepakat kedua buah negara.
Banyak golongan telah berdemonstrasi di hadapan kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri Malaysia kerana orang yang bakal menurun tandatangannya @ 'menjual' negara adalah Menteri di kementerian tersebut. Bukan sedikit yang telah menyatakan kegusaran mereka mengenai perkara penting yang dijangka akan memberi kesan buruk kepada rakyat jelata.
Persoalannya apakah yang harus dilakukan oleh seluruh rakyat yang peka dan bertanggungjawab ke atas nasib diri dan keluarga mereka.
Apakah persamaan yang ada di antara bendera Malaysia dan Amerika Syarikat? Adakah mustahil sekiranya Malaysia akan menjadi sebagai 'francais' Amerika Syarikat?
Rakyat harus proaktif dan mengambil tahu apa yang sedang diperlakukan oleh wakil-wakil yang mereka pilih untuk mewakili mereka untuk memperjuangkan kebajikan mereka di peringkat pembuat dasar negara. Seandainya sudah jelas wakil-wakil rakyat yang mereka pilih dan harapkan pada pilihanraya ke 11 yang lepas tidak langsung memberi reaksi yang positif dan tidak menunjukkan
ikhtiar untuk melindungi mereka dari gejala negatif yang mengancam masa depan mereka, maka sudah jelas mereka sepatutnya mereka berpakat untuk membalas balik pengkhianatan wakil-wakil ini dengan memulau mereka dan parti mereka yang bacul dan hanya pandai bersandiwara konon " TRADISI MEMBELA RAKYAT".
Adakah wakil-wakil rakyat ini berfungsi mempertahankan kepentingan anda di dewan rakyat atau adakah mereka hadir dipersidangan tersebut sebagai tunggang angguk? Buatlah pilihan terbaik untuk diri dan masa depan keluarga anda. Jangan biarkan diri anda dan yang tersayang tertipu berulangkali.